Cantik banner kat atas ni kan?
Ambe suka. Very is the unique.
Bila ambe google image terus je keluar ni.... dan hati pun terus terpaut.
Anyway, di kesempatan ini, menerusi blog ini... ambe ingin menyampaikan rasa seikhlas hati ambe pada sahabat handai dan rakan taulan ambe yang membaca blog ini... yang kenal ambe melalui blog ini..
Syukur ambe ke Hadrat Illahi akan ikatan silaturrahim yang terjalin ini..
Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita..
Sepuluh jari ambe susun di hari mulia ini..
Ampun dan maaf jua ambe pinta...
Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita..
Sepuluh jari ambe susun di hari mulia ini..
Ampun dan maaf jua ambe pinta...
Maaf sebab tak berapa nak meluangkan masa dalam belog membelog ini. Ambe terikat dengan keadaan sekeliling. Pada yang mendoakan kebahagiaan ambe sebagaimana yang ambe selalu pohonkan.. terima kasih banyak-banyak.
Tahun ni banyak sangat yang berlaku~ terlalu banyak yang berlaku. Perubahan yang ketara, penglibatan ambe dalam dunia realiti, aktiviti-aktiviti Hangulisation yang mula berkurangan.. kebahagiaan pun ada juga terukir - walau ada sedikit berulam hati dan jantung.. tetapi itulah lumrah kehidupan.
Harapnya ambe akan mendapat kebahagiaan yang lebih indah lagi di Ramadhan tahun hadapan mudah-mudahan.. and tentang si dia, doakan saja moga dicepatkan pintu hatinya terbuka kembali... Amin Ya Rabb.
Okayys people, enjoy your hari raya!
Dan berhati-hati di jalan raya!
Much Love,
Shee~ xx









